top of page
20170827_114250.jpg

Bahasa Malaysia Service

Ahad - 10:30 pagi

Multi-Purpose Hall

Pelayanan Bahasa Malaysia Di Gereja Methodist Taman Canning, Ipoh.


Pelayanan ini adalah untuk kamu yang ingin beribadah kepada Tuhan dalam Bahasa Malaysia. Kami terdiri dari suku-suku etnik dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia, serta juga suku kaum Orang Asli, Cina, India dan Indonesia yang sudah bermastautin tetap di Malaysia dan rakyat-rakyat Indonesia yang bekerja di Ipoh dengan visa pekerjaan mereka.


Kebaktian Bahasa Malaysia masakini bermula pada jam 10:30 pagi dan berlangsung selama satu jam tiga puluh minit setiap Ahad. Kebanyakan lagu-lagu pujian dan penyembahan yang kami gunakan adalah dari Indonesia. Kami menggunakan Alkitab Versi Borneo. Perjamuan Tuhan diadakan pada Ahad yang pertama setiap bulan. Kami juga ada bahan pelajaran pembaptisan dalam Bahasa Malaysia bagi yang ingin dibaptiskan dan bahan pelajaran untuk keahlian Gereja bagi yang ingin memohon menjadi ahli Gereja.  Kami ada pelayanan Kelompok Sel, pelayanan untuk kanak-kanak dan pelayanan untuk belia. Kami ada perkhidmatan Kaunseling Pra-Nikah, Upacara Perkahwinan dan Pendaftaran Perkahwinan Jabatan Pendaftaran Negara. Kaunseling masalah kehidupan rohani, Upacara kematian, Kursus-Kursus pertumbuhan pendewasaan rohani yang sudah ditetapkan dalam Carta Station Rohani kami dan Kursus-Kursus tambahan mengikut keperluan dari masa ke semasa juga diadakan.


Richard Leow

bottom of page